Header Ads

SEOLAH OTAK DI LUTUT, Astro Awani sedia beri kerjasama penuh kepada PDRM

 SALURAN berita televisyen Astro Awani akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan berkaitan kontroversi penyampaian seorang pembaca beritanya mengenai isu kompaun RM50,000.

Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail berkata, kerjasama penuh itu bagi membantu siasatan berhubung kontroversi penyampaian berita Awani 745 mengenai tindakan kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.

"Kami sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.



"Sebagai saluran berita utama dan hal ehwal semasa, Astro Awani terus komited bersama memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, PDRM membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

Acryl Sani berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita mengenai seorang peniaga burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


-MSTAR-

No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.