Header Ads

RM708521 UNTUK KASUT LIONEL MESSI

 Firma lelongan Christie’s berkata sepasang kasut milik pemain bola sepak Barcelona, Lionel Messi dilelong untuk tujuan kebajikan pada harga AS$173,000 (RM708,521), lapor agensi berita CNN kelmarin.

“Kasut but itu dilelong bagi mendapatkan dana untuk program kesenian dan kesihatan Universiti Vall d’Hebron,” kata firma lelongan itu.



Harga jualan itu merupakan rekod lelongan dunia untuk sepasang kasut bola sepak yang sudah dipakai dan sebelum ini dipamerkan di Museu Nacional d’Art de Cataluya.

Kasut itu juga bukan kasut biasa kerana ia dipakai Messi ketika menjaringkan gol ke-644 buat Barcelona pada 22 Disember tahun lalu yang menumpaskan rekod lama milik Pele bagi satu kelab.

Messi memenangi 10 gelaran La Liga dan 4 Champion Leagues bersama kelab Catalan.

Gol pertama jaringan beliau ialah pada 2005. 


-KOSMO-

No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.