Header Ads

Larangan rentas negeri kekal, beraya lagi kita dirumah sendiri

 Orang ramai sudah boleh melupakan hasrat untuk merentas negeri atau pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh lain diputuskan kelak.

Adham berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira lebih 13 kluster akibat merentas negeri dilaporkan di beberapa negeri sejak April lalu.



Malah, katanya, beberapa kluster komuniti turut dikesan membabitkan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat selepas menghadiri majlis dan program.

“Kami mengesan beberapa kluster yang tercetus dalam komuniti akibat majlis dan program seperti  majlis pengebumian, perkahwinan, sambutan perayaan, majlis kesyukuran, majlis pertunangan dan bencana banjir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, mengambil kira perkara itu, kementerian memutuskan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan sehingga 17 Mei ini atau sehingga tarikh baharu diumumkan kelak. – K! ONLINE

No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.