Header Ads

AL FATIHAH UNTUK PEMANAH NEGARA HAZIQ KAMARUDDIN

 Arena sukan Malaysia dikejutkan dengan pemergian pemanah negara, Haziq Kamaruddin yang menghembuskan nafas terakhir sejurus dikejarkan ke Hospital Kajang pagi tadi.

Ketiadaan Haziq merupakan kehilangan besar buat negara selepas arwah menjadi taruhan dalam persiapan untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo bersama beberapa atlet memanah yang berpotensi ke temasya itu.



Allahyarham yang berusia 27 tahun itu pernah beraksi pada Sukan Olimpik London (2012) dan Rio de Janeiro, Brazil (2016).

Allahyarham juga meletakkan sasaran ke Tokyo dalam acara berpasukan seterusnya mengikuti jejak langkah rakan sepasukan, Khairul Anuar Mohd. yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke Olimpik selepas menduduki tempat kedua Kejohanan Dunia di Belanda tahun lalu.

Hanya ada satu lagi peluang iaitu kejohanan kelayakan terakhir di Berlin, Jerman yang akan berlangsung bersama kejohanan Piala Dunia Peringkat 3 dan dijadualkan bermula dari 21 hingga 28 Jun ini, namun belum ada sebarang perkhabaran sama ada kejohanan berkenaan akan ditunda atau tidak.

Haziq juga telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19 bersama 264 atlet dan pegawai yang layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.

“Warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut berdukacita di atas kehilangan. Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata KBS dalam satu ciapan di Twitter sebentar tadi. K! ONLINE

No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.