Header Ads

5 HARI MENJELANG RAYA KES MENCANAK KE 4498

 Kes harian negara terus melonjak dan kali ini ia mengatasi angka 4,000 dengan 4,498 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 432,425 kes.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi melebihi 1,000 dengan 1,424 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 750 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 436 kes.


“Seterusnya, Johor (327 kes), Pulau Pinang (313 kes), Kelantan (297 kes), Kedah (209 kes), Negeri Sembilan (188 kes), Sabah (153 kes), Perak (148 kes), Terengganu (87 kes), Pahang (78 kes) dan Melaka (74 kes).


“Putrajaya pula dengan lapan kes, Perlis sebanyak empat kes manakala, Labuan pula merekodkan dua kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini

-KOSMO-

No comments

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Powered by Blogger.