STANDARD OPERATION PROCEDURE YANG TAK STANDARD

by - Tuesday, November 10, 2020

 



Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

“Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskipun memakai pelitup muka.



Lepas kecoh semalaman di media sosial, then Star pula keluar news kata tak perlu berdasarkan kenyataan PDAM..

So harap petang ni Menteri Kanan kita dapat beri penjelasan lah kut dan elpas tu harap depa dapat buat group whatsapp atau telegram untuk salur info kepada depa yang berkenaan baru publish kat public.

Kalau tak memasing ikut sendiri punya pemahaman, kami rakyat yang jadi mangsa.



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998