RIDE CAMERON V1 2019

by - Saturday, January 05, 2019



Ride ke Cameron Highlands V1 2019 dengan motor masih lagi dalam "pantang".

Tayar golek dari Juru pada pukul 8.00 pagi dengan 2 Honda RS150, 2 Yamaha Y15 dan 1 Yamaha LC.



Second stop di Sungai Bakap tambah lagi 1 y15 dan Benelli RFS sebelum berenti cukupkan korum di plaza tol Alor Pongsu.


Stop breakfast dan refuel di Bukit Gantang sebelum terus lajak ke Simpang Pulai.



Refuel kat Petronas Simpang Pulai sambil tunggu 3 biji LC dri KL untuk join sekali.


Bila cukup korum next stop ialah Route 185, nak beli sticker kedai tak bukak lagi...so amik angin sambil layan pemandangan ja lah.




Lepak depan Bee Farm sebelum naik ke Mossy Forest.



Macam semua tau, nak naik sini jalan dia "offroad" sikit tapi malangnya bila sampai diatas jalan ke puncak tinjau tu tutup untuk pembaikan sampai 31 januari nih...

Patutnya depa letak la signage dari simpan masuk depan Bee Farm tuh.


So kami melilau depan ni sajalah sambil mengigil kesejukan.
Lepas layan sesi bergambaq, selfie,wefie dan sebagainya kami turun untuk cari port isi perut lak...




Lunch kat sini dalam pukul 2.00 petang...harga jangan tanya lah (sendiri mau ingat). Lepas isi perut dan layan syahdu sebatang dua...

Next stop, refuel di Ringlet sebelum semua bersedia untuk ke ...



Ya... Lata Iskandar



Lepas layan corner yang penuh berbatu dan berpasir, semua selamat sampai ke sini.

Cadangan asal semua nak bermandi manda, tapi bila dah sampai "ayaq sejuk nak mampoih" maka tak dak la gambaq mandi manda sakan.

Lepas "bersiram" seketika...kami berangkat menuju ke Tapah sebelum masuk highway ke utara. 

Dari Tapah sampai ke Juru kami cuma stop refuel di Simpang Pulai,Sungai Perak,Bukit Gantang (tu pun pasal terpaksa stop kat setiap RnR pasal sorang rider terlepas dari konvoi)

Dan macam biasa lah kalau balik...selagi boleh meroket depa roket tak mau-mau la...

Kos fuel aku lebih kurang RM30.00:-
Bermula dengan full tank sedia ada dalam RM8.00 dan 4 kali refuel sepanjang trip dalam RM22.00

You May Also Like

2 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998