2018 HAMPIR KE PENGHUJUNG

by - Friday, December 14, 2018


Pejam celik pejam celik kita dah dekat nak sampai ke penghujung tahun 2018.

Banyak benda dan perkara yang dah terjadi sepanjang tahun nih...dan pastinya "kemenangan rakyat" pada bulan Mei hari tu akan menjadi kenangan pahit dan manis yang akan trending bagi tahun 2018.

Selain dari kes-kes mahkamah bekas pemerintah terdahulu, ahli Parlimen keluaq parti dan juga beberapa isu yang selama nih dikatakan "disembunyikan" dah pun diketahui umum.

Ok itu cerita politik... sembang kedai kopi boleh lah!

Cabaran untuk tahun 2019 plak...terutamanya untuk peniaga online macam kami... cukup mencabar!

Dengan platform online yang sedia ada selain facebook, Lazada atau pun Shopee, ramai yang terpaksa cari strategi baru bila persaingan bukan saja lagi dari local tapi dari lubuk barang murah dunia... CHINA!

La ni depa pun pandai dah guna platform lazada or shopee untuk berurus niaga terus dengan buyer kat Malaysia.

Tempoh menunggu antara 7 ke 14 hari bukan lagi menjadi masalah kepada pembeli tapi harga yang murah dan ada tu yang memang harga tak masuk akal pun depa boleh bagi.

Mungkin tahun depan kami nak kena tukaq dari penjual kepada pemberi perkhidmatan order dari China pulak lah.

Amacam...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998