SIFU IMPORT?

by - Wednesday, October 31, 2018



La ni tiap hari timbul ja segala macam SIFU yang menawarkan "ilmu" import dari China...

Masa aku start dulu tak ramai pun sifu atau pakar nih timbul, hanya google ja yang menjadi rujukan aku.

BTW mungkin depa memang pakar lah kut ...

Cuma selalunya yang bergelar pakar nih ada kaedah tersembunyi yang depa gunakan, ada yang bergelar SIFU tu pun China dia tak pernah jejak lagi pun lebih kepada affiliate atau pun nak jual ebook yang depa tambah sikit sana-sini ja.

Ya depa yang pakar nih akan buat perbandingan harga pasaran Malaysia dengan harga yang amik terus dari China.

Menang tak dinafikan memang ada perbezaan pada harga kos TAPI apa yang depa tak include sama dalam info depa tuh ialah cas postage... (sebab itulah cara depa nak kita join kelas "SIFU" depa)

Contoh lah...

kasut copy abibas...
Harga seller kat Malaysia - RM150.00
Harga kos kat China - RM75.00
Nampak keuntungan 100% kan kat situ...

Tapi harga kos kat China tu tak termasuk lagi dua kali charge postage... 

1st postage dari penjual ke warehouse dalam +/- RM10.00 bergantung kepada harga postage yang penjula tetapkan

2nd postage dari warehouse kepada kita pembeli bergantung kepada berat atau size parcel yang akan kita terima tuh, kos per kg diantara RM10 / per kg keatas, kalau ambil contoh kasut tadi selalunya package dalam 1.2kg (+/- RM25)

So campoq kos RM75 + RM10 + RM25 harga kos sepasang kasut dari China sampai Semenanjung Malaysia ialah RM110.00.

Nampak ada keuntungan lagi RM40 disitu kan...
Tapi jangan lupa kos untuk postage dari penjual kepada pembeli dan juga kos petrol,parking dan sebagainya pula kalau ambil kira...
keuntungan yang tinggal cuma diantara RM10 ke RM20 saja.

Yang nampak untung banyak tuh...kalau jadi macam seller kasut yang famous tuh...kasut copy / graded tapi jual rega yahudi kurang sikit dari harga kasut ori hanya sebab ada resit dari "BUTIK KASUT HONG KONG"!!!

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998