HELMET BERKELULUSAN SIRIM...BERHATI-HATILAH

by - Wednesday, August 08, 2018


Sekarang nih banyak helmet yang masuk dipasaran kebanyakannya dari China tak kiralah sama ada dijual dikedai ataupun medium online macam facebook,shopee,lazada dan sebagainya.

Tak dpat dinafikan memang ada yang ori macam LS2,Beon,HJC ataupun produk OEM China macam Yema,Oneal,Jenkei dan sebagainya.

Boleh dikatakan yang mai dari China nih semuanya tak dak SIRIM tapi ada ECE atau DOT aprroved.

Namun kat Malaysia ada juga peniaga terutama yang berniaga online cuba manipulate approval SIRIM.

Tak jadi masalah kalau memang jual produk dari China dan mengaku dari China so buyer yang beli dah aware awal-awal. Yang jadi masalahnya bila jual helmet China tapi claim ada SIRIM, tu dah kira menipu pembeli yang letakkan kepercayaan pada penjual.



Diatas adalah contoh number SIRIM yang sepatutnya milik jenama open face dari syarikat lain tetapi digunakan pada helmet full face BYE yang masuk terus dari China.

Jadi kepada para bikers diluar sana, kalau nak beli helmet berhati-hatilah ye...

Jangan sebab dp penjual letak gambaq awek, profiles mengaku lepas belajaq dan nak mulakan perniagaan semua pakat berebut nak beli walaupun kena "kencing hancing"

Kalau betoi dia meniaga ikhlas...tak perlu nak menipu pasal SIRIM nih semua... by the way kalau hangpa was-was dengan number SIRIM tu, boleh saja hubungi SIRIM QAS tak sampai 24 jam depa akan balas email hangpa tu...

Kita bukan nak halang sesiapa pun dari berniaga, tapi biaq info yang diberikan penjual tu tepat bukan semata-mata nak raih keuntungan dengan cara mengadaikan keselamatan pembeli.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998