SELERA MALAYSIA,TUKANG MASAK ANTARABANGSA

by - Saturday, June 23, 2018

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” kata Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran...


Dari satu sudut ramai yang pastinya bersetuju dengan perkara nih sebab akan bagi banyak peluang pekerjaan untuk orang Malaysia.


So peluang untuk chef-chef baru anak Malaysia untuk bekerja di tempat-tempat exclusive...

Tapi untuk spot kegemaran ramai rakyat Malaysia macam kedai mamak atau tonyam mungkin ramai akan mula pikiaq balik berkali-kali bila melibatkan selera.

Terutamanya yang dah sinonim dengan masakan yang dimasak oleh tukang masak luaq macam kedai-kedai tomyam or even sesetengah restoran nasik kandaq mahupun daun pisang.

Bagi nasik kandaq yang guna resepi turun temurun dan beroperasi secara kecilan memang tak akan ada effect sangat, macam kat Penang sapa yang familiar dengan Deen Maju,Deen Laju mahupun Deen Jelutong atau Ali Maju,Kampung Melayu mahupun Shariff Gelugoq (antara nasik kandaq famous yang tak dak "chain")

Tapi bagi nasik kandaq yang ada "chain" macam Pelita,Kassim,Kayu dan tah apa lagi maybe akan ada effect yang ketara kalau taste "biasa" dah lari.

Tomyam pun hampir sama gak nasib dia nanti

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998