TUA TAPI BIJAK

by - Saturday, May 12, 2018


Aku pasti ramai diantara kita tak dapat nak jangka kenapa dan mengapa Tun Mahathir buat sesuatu keputusan dalam sehari dua nih.

Contohnya senarai hitamkan Datuk Seri Najib (DSN) dari ke luar negara bercuti hari ni, bukan pasal DSN dah didapati bersalah! tapi untuk mengelakkan sebarang masalah jika ada sabitan kesalahan nanti.

Kata Tun, "Ada banyak aduan dan semua itu harus disiasat,kalau ada antara aduan itu didapati sah, kerajaan perlu bertindak segera dan tak mau terganggu dengan proses ekstradisi dari negara luar,"


Sama jugak dengan perlantikan khas majlis penasihat nih... Walaupun ramai didalam PH berpengalaman sebagai MP dan pernah berada di dalam dewan rakyat tapi boleh dikatakan hampir keseluruhan MP dari PH nih baru pertama kali bergelar pemimpin kerajaan pusat kecuali dua tiga orang.

So nak tak nak Tun kena seimbangkan pengalaman dari beberapa orang ini dengan MP yang bakal membarisi kabinet dia.

Benda yang kat atas ini bukan jangkaan aku sebelum terjadi tau, tapi lepas announcement PH tadi baru terpikiaq kenapa dan mengapa.


BTW aku pun tak sure pasal apa aku mula dok menaip balik kat blog yang dah bersarang lama nih...


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998