BAZAR RAMADAN...TAK HAPPENING?

by - Friday, May 25, 2018



Ya bagi aku tahun nih bazar ramadan tak happening macam 4 atau 5 tahun lepas.

Camna boleh kata tak happening?

Bazar ramadan Bayan Baru satu ketika antara yang terbesaq kat bahagian Pulau. Kalau dulu punya cerita bulan posa saja kompem sesak jalan dari simpang Jalan tengah, dari roundabout Bayan Baru, dari Relau atau PISA kompem jem.

Itu dulu punya cerita lah...tahun nih dah nak masuk minggu kedua kita posa, aku tengok keadaan dah macam dulu. Tambah pulak la ni tepi jalan tu ada construction dok tanam paip sepatutnya jem mesti lagi tahun sebelum nih...

Tapi tahun nih, tak payah risau pasal parking, tak payah risau pasal makanan cuma mungkin perlu risau kut-kut makanan atau peniaga peberet dah tak jual ja.

Lagi satu bazar yang aku belum lalu lagi...Seberang Jaya ngan Bandar Perda

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998