NO RECORD FOUND

by - Saturday, January 27, 2018

Masalah yang selalu peniaga hadapi bila barang dah pos,tracking number dah bagi tapi NO RECORD FOUND bila customer check.

Sebenarnya bukan masalah besaq pun kalau NO RECORD FOUND untuk customer yang dah biasa beli online nih tapi jadi masalah besaq untuk customer yang baru belajaq nak beli online ataupun yang dah phobia beli online.

Kalau search kat google berjuta write up ada pasal nih so relax and chillllll.

Cuma nak bagitau kat customer-customer yang dok check tracking tengok keluaq No RECORD FOUND nih, tak perlu lah gelabah biawak semua.  Bukan apa ada setengah tu seller bagi tracking ja teruih check dalam sistem pastu snapshot hinggaq kata tak dak dalam sistem.

Kalau seller tu kata dah pos bagi tracking number siap snap consignment note tunjuk kat hangpa...hangpa tunggu lah dulu dua tiga hari sebab seller tu tak dak kuasa nak jawap pasal apa tak dak dalam sistem poslaju walaupun dia dah pos. 

Paling tidak pun hangpa bagi cooling period at least 7 hari sebab POS LAJU tak semestinya LAJU dan lagi satu, POSLAJU masih lagi menggunakan kudrat manusia macam kita dan bukannya robot!

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998