DENDA ATAU NYAWA JADI PILIHAN

by - Tuesday, September 05, 2017

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ketika dihubungi mStar Online menegaskan bahawa lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.
Sehubungan itu katanya, larangan tersebut turut dikenakan kepada penunggang motosikal.
“Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.
Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987.
“Mereka yang disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Ok kalau hangpa lah sebagai penunggang motosikal, lorong mana pilihan hangpa? 

Pasti ramai yang sanggup didenda guna lorong kecemasan demi nyawa dan keselamatan diri kan (walaupun malang tidak berbau).

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998