BETUL KA?

by - Wednesday, August 30, 2017

Pek 10 batang mampu tangani rokok seludup?
Ok pertama sekali tahniah sebab bagi cadangan untuk dipertimbangkan tapi dari segi logiknya kalau sekali pun keluaq balik dunhill 7 batang macam dulu harga tetap tak turun.

Sekarang sekotak Dunhill dah cecah RM17.00 berbanding zaman kegemilangan dulu masa ada pek  3 beradik 7,14 dan 20 batang.

Kalau dulu 7 batang baru RM1.90 sebelum ditamatkan riwayatnya adakah mungkin pek 10 batang yang dicadangkan tu akan berharga sekitar RM5.00?

Dan berapa pulak harga sekotak rokok John seludup? Bawah RM5.00 untuk 20 batang.

So isu dia sekarang nih bukan pada size pek rokok tapi lebih kepada harga rokok tu sendiri. Kalau dunhill 20 batang boleh turun ke paras RM10.00 dah pasti John orang tak pandang dah.

Tu lah masa kecoh isu vape dulu terus nak haram,terus nak ban kalau tak kecoh tentu tak payah pikiaq pasal rokok seludup ni dah

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998