3 KUPANG IKAT TEPI

by - Friday, July 28, 2017

Bebaru nih kecoh pasal isu ikat tepi tambah 3 kupang, viral satu Malaysia pasal benda ni. Dah tu dihangatkan lagi oleh video live oleh owner kedai tu untuk pertahankna "sebab dan musababnya" sendiri.

Ok sekarang isu dah reda,owner dah kena kompoun dengan KPDNKK... so aku buat nak panaskan balik benda yang dah sejuk. Tapi ini dari pandangan aku sendiri lah, benda jadi kecoh bila owner tu buat live video dan claim "3 kupang tu nothing".

Benda ni kalau sapa pun meniaga dia akan pikiaq PNL bisnes sendiri, so dengan video tu dia cuba terjemahkan quantiti yang berbeza untuk dine in atau untuk tapau (tunjukkan yang tapau lebih isi dari dine in)

Tapi bila balik kepada PNL, secara basic dia kena tengok balik kos yang dia gunakan untuk basuh satu gelas yang customer minum dengan kos 1 bungkus yang customer tapau.

Kalau hangpa paham, satu gelas yang kita minum contoh teh ais dengan satu bungkus teh ais yang kita tapau kos untuk tapau sepatutnya lebih murah dari yang kita minum!

Macamana aku boleh katakan kos tapau lebih murah dari kos dine in?

Simple je berapa tenanga kerja diperlukan untuk satu bungkus teh ais dan berapa tenaga kerja diperlukan untuk segelas teh ais?

Tak nampak lagi????

Kalau hangpa perasan kebanyakkan air sebenarnya dah disiapkan lebih awal oleh peniaga, so bila ada order depa just tuang tambah ais atau tuang dan tambah air panas (ada juga yang bancuh on the spot) since contoh kita teh ais.

Teh dah siap ada dalam juga, tuang masuk gelas letak ais,customer minum,customer bayar, angkat gelas basuh...agak-agak berapa tenaga kerja atau kos yang terpaksa digunakan?

Berbanding tapau...tuang teh letak ais, 1 plastik,1 tali dan satu straw...NAMPAK TAK?

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998