PESTA HOKI USM KALI KE 43

by - Monday, December 05, 2016

Pesta Hoki USM kali ke 43 telah diadakan pada pertengahan bulan lepas. Tahun ini diadakan lebih awal dari selalu, pasai apa aku pun tak sure.

Untuk kejohanan yang telah diadakan selama 42 tahun sebelum ni, pada pendapat aku Pesta Hoki USM ni dah kehilangan taring atau prestij.

Dengan persaingan dari kejohanan 6 sebelah yang dianjurkan oleh beberapa pihak, USM harus memikirkan cara untuk mengembalikan kegemilangan kejohanan ini.

Penyertaaan dari pasukan luaq juga semakin berkurangan, nasib ada pasukan dari Pakistan kalau tak penggunaan "international" akan menjadi benda yang lawak.
 Kalau dulu-dulu lah Pesta Hoki nih betul-betul punya "pesta" penuh sekeliling padang USM tu sepanjang hujung minggu. Tapi la ni macam hampesh dah pun.
Dan walaupun dah tak se 'best" macam dulu, kami OFA hockey team masih lagi hantar dua team untuk kejohanan ni.
Dalam masa yang sama ramai yang berikan pendapat yang kami perlu mula ambil kira untuk sertai kejohanan ni pada masa-masa akan datang.

Selain dari yuran penyertaan yang mahal, tarikan dan hadiah dari kejohanan lain juga semakin menarik. Malah kejohanan 6's di Pengkalan Hulu juga mula menarik banyak pasukan dengan hadiah yang cukup lumayan... RM3000.00 untuk johan (dah sama macam hadiah juara Penang Hockey Leaque)

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998