KAD DEBIT

by - Monday, December 19, 2016

Ok off pasal bisnes,nak story pasal kad debit pulak sat. Maklumlah kecoh sangat sejak kebelakang ni pasal isu tukaq kad debit nih.

Aku ni pun jenis yang malas nak melangut buang masa kat bank. Bila dok tengok kengkawan dok hapdet kat fb pergi bank pukul 9 pagi lepas empat lima jam baru settle nak dapat sekeping kad... so memang tak la aku nak melangut cam tu.

Nasib baik aku cuma ada akaun Maybank ngan RHB ja. So Maybank aku tukaq secara online ja,login masuk maybank2u ja pastu tunggu kad atm sampai. Walaupun notice kat web within 21 hari, tapi kad aku sampai dalam masa seminggu ja pun.

RHB hari ni aku pi settle, tapi yang pelik tu branch yang aku pi nih sampai tak dak orang yang nak tukaq kad selain aku. So semua settle tak sampai setengah jam.

Tapi process setengah jam tu juga dah menyebabkan aku rugi sehari annual leave untuk hari nih.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998