MAHAL ITU ORI,MURAH ITU COPY??

by - Monday, October 03, 2016

image dari google

Itu antara soalan yang sering kami (admin-admin) dapat dalam pm di page facebook.com/mhmhype.

Terutama bila berkaitan dengan kasut Shimano yang kami jual. Tapi bila kami tanya balik ada tak kasut shimano yang copy / clone atau macamana nak bezakan kasut shimano tu copy,clone atau fake tak pulak depa boleh jawap!!

Mungkin dalam pemikiran depa nih yang mahal mesti ori,yang murah mesti copy!! 

Sorry brader... mahal atau murah sesuatu barang tu belum menentukan ianya copy atau ori.

Semua bergantung kepada orang yang menjualnya, berapa keuntungan yang yang ingin depa ambil. Ada yang mark up 5% ke 30% keuntungan dari harga kos. Ada yang mark up sehingga 100% keuntungan.

Contoh paling ketara kasut berjenama Adidas,Nike dan yang sewaktu dengannya. Ada yang mengaku kasut ori hanya kerana mempunyai sales memo dan receipt dari butik di Hongkong. Tapi sebenarnya kasut tesebut hanya berkualiti copy 1:1 saja.

Zaman sekarang semuanya dihujung jari, untuk jadi pembeli yang bijak kita boleh survey dulu. Guna je function SEARCH yang ada di facebook atau pun gunakan google.

Dapat apa yang dicari,compare price yang diletakkan dan boleh buat convertion rate sekali. Dari situ barulah kita cari trusted seller yang menjual bukan sekadar mengambil keuntungan semata-mata.

Dan ingatlah yang mahal tak semestinya ORI dan yang murah tak semestinya COPY!!



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998