#MYHOKI TNB-PSHA HOCKEY LEAGUE

by - Thursday, April 21, 2016


Lepas agak lama menyepi, liga hoki PSHA dah pun dimulakan balik pada hujung minggu lepas. Terima kasih kepada MHC yang bagi geran "bersyarat" sebanyak RM50000 untuk setiap persatuan hoki negeri.

Tapi sedikit ralat bila liga PSHA dirasmikan oleh TKM1 Pulau Pinang diadakan di Stadium Astroturf Sungai Petani. BTW Pulau Pinang mana ada turf. Turf yang ada pun milik USM bukan negeri. Turf di Mutiara Impian pun tak ikut spesifikasi.

Entah bila la nak ada turf sendiri balik...kat Bertam dah jadi gajah putih ke biawak hidup pun tak tau la.

Ok untuk liga yang dihidupkan semula nih, sebanyak 14 pasukan mengambil bahagian dan dibahagikan pada dua kumpulan.

Kumpulan A terdiri daripada

  • USM STUDENT
  • AMKPP MPSP
  • KSS USM
  • KEPALA BATAS YOUTH
  • MISCF PENANG
  • TUDM
  • MUTIARA IMPIAN A
Kumpulan B pula terdiri daripada
  • OLD FREES ASSOCIATION
  • PENANG FREE SCHOOL
  • PENANG SPORT CLUB
  • PESSCA
  • ICT BALIK PULAU
  • PENANG 2020
  • MUTIARA IMPIAN B

Oh ya,kalau hangpa cari kat media sosial macam facebook,twitter atau instagram dah pasti hang pa tak kan jumpa account PSHA macam persatuan hoki negeri lain tau.

Posting pasal TNB PSHA pun rasanya ada kat sini ja....

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998