#MYHOKI MALAYSIA BERNASIB BAIK

by - Friday, April 08, 2016

Semalam pasukan Malaysia turun untuk perlawanan kedua pada kejohanan Hoki Pila Sultan Azlan Shah. Perlawanan yang menemukan kita dengan pasuka Jepun.


Selepas disajikan dengan persembahan menarik pada perlawanan pembukaan menentang New Zealand,sudah pasti peminat hoki mengharapakan aksi yang terbaik dari pasukan Malaysia.

Memang betul, Malaysia memberikan aksi yang memberangsangkan pada tiga suku permainan.
Kita dah berjaya mengatasi Jepun dengan kelebihan 3 jaringan.


Photo dari Hmetro

Tapi penyakit lama yang sukar untuk dilenyapkan ialah pada suku dan minit-minit terakhir perlawanan.

Jepun kembali bangkit dengan menjaringkan dua gol dan kalau lah ada berbaki lagi 5 minit selepas jaringa ketiga pasukan Jepun tu...kemungkinan perlawanan boleh berakhir dengan seri atau lebih teruk lagi kekalahan kepada pasukan Malaysia.


Buat masa sekarang kita berada di top of the table, dan ujian sebenar bermula pada malam esok bila kita akan berhadapan dengan pasukan nombor satu dunia, Australia.

Dan aku dan ramai peminat lain juga rasa keajaiban tak mungkin akan berlaku. Ya kita "mungkin" tetap akan kalah dengan Australia, tapi kekalahan yang sememangnya menjadi jangkaan kita semua... 

Cuma kalaupun kalah biaq corak permainan menjadi bualan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998