AKU DAH TERJEBAK

by - Saturday, October 17, 2015

Vape dah menjadi trending sekarang di Malaysia. Walaupun kerajaan masih belum lagi mewartakan dengan rasmi tapi dikebanyakkan negara luaq banyak yang dan mengiktirafkan vape sebagai satu alternatif untuk perokok tegar.

Sebelum nih dah pernah wujud rokok elektronik (E-cig) di dalam Malaysia tapi tak bertahan lama lah...ramai yang ingat lagi lah kut Ego stick. Kalau diikutkan vape ni seusia jugak dengan Ego Stick cuma sekarang dah kembali ke main stream kata orang.

Pasaran bukan saja membesaq malah membiak setiap hari. Kalau kita browse di facebook pasti tiap hari ada saja page-page baru wujud berkaitan dengan vape. Pi lah ceruk rantau mana pun pasti kita akan jumpa kedai-kedai vape.

Baik yang beroperasi dilot-lot kedai,pasar malam,uptown,downtown mahupun sekadar meja dan payung dikaki lima jalan. Vape merupakan satu peluang perniagaan yang menguntungkan.

Dan aku secara tak langsung juga dah terjebak ke kancah vape ni. Walaupun belum berjaya berhentikan tabiat merokok lagi tapi sekurang-kurangnya aku dah berjaya kurangkan merokok hampir 70% setakat ini.

Modal permulaan sedikit tinggi ialah satu set starter kit subox dengan harga RM250.00 dan stock flava sebulan berharga RM100.00 tapi jika dibahagikan secara purata untuk bulan pertama kos sehari sekitar RM11.70 saja. In sha allah penjimatan dapat dilihat pada bulan kedua bila perlaburan hanya dibuat untuk flava saja.

Jika dibandingkan dengan rokok dunhill sebelum ni,RM207.00 sebulan tak termasuk kotak extra kalau kerja malam atau pun travelling... satu penjimatan untuk para perokok tegar cam aku yang nikotin dan tar dah sebati dalam diri kan....

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998