TIDAK BERMARUAH KATA MENTERI

by - Tuesday, August 04, 2015

Panas jugak pasal pemain naturalisasi sejak Dollah buat cadangan lepas perlawanan dengan Liverpool hari tu.

Ramai yang berikan pendapat pro dan con tentang isu ini...dan terbaru pak menteri kita pulak kata "Tidak Bermaruah".

Aku bukan lah reti sangat nak ulas soal maruah ni, tapi kalau guna pemain naturalisasi ni dikatakan tidak bermaruah...

Berapa ramai pemain kita yang berkelana bermain di liga-liga luaq? 

Adakah kekalahan kita dengan Timor Leste hari tu... bermaruah? 

Kalah dengan Palestine negara yang bergolak...bermaruah?
Terkeluar saingan pingat sebelum Sukan Sea bermula...bermaruah?

Ranking yang yang sentiasa berada diatas paras 150 dunia...bermaruah??

Dengan MARUAH yang ada...berapa kali kita layak ke sukan Olimpik sejak tahun 1980?

Berapa banyak pingat yang kita kutip di Sukan Asia?

Berapa kali kita layak ke Piala Dunia?


Kita kena renung-renung balik pencapaian kita sebelum ini untuk kita persoalkan pasal maruah...Piala AFF pun hanya sekali berjaya digenggam.

Tapi nak buat camna...sukan nombor satu Malaysia kan...



 
 

 
 


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998