TAHNIAH KLHC

by - Monday, August 03, 2015

Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila membelasah juara berganda musim lalu, Terengganu Hockey Team (THT) 6-2 untuk memenangi Piala Sumbangsih, semalam.


Ketua jurulatih KLHC Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, kunci kejayaan itu adalah setiap pemainnya memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol dengan baik.


“Tiada siapa menjangka kami akan meraih enam gol kerana pada awal permainan, kami ketinggalan terlebih dahulu.
“Selepas itu, kami bangkit dan cuba untuk memenangi perlawanan ini. Kami bernasib baik kerana tiga pukulan sudut penalti diraih kesemuanya menghasilkan gol,” katanya.


Turun selaku pasukan pilihan utama, THT nyata gagal beraksi dengan baik tetapi mereka di depan menerusi jaringan sudut penalti Jose Leandro Tolini minit ke-15.
Namun anak buah Dhaarma tidak panik, sebaliknya berjaya menyamakan kedudukan empat minit selepas itu hasil pukulan sudut penalti pemain import Ali Shan.


Nabil Fiqri Mohd Noor menambah gol seminit kemudian, juga menerusi pukulan sudut penalti sebelum kapten pasukan Razie Rahim menambah duka THT dengan gol ketiga minit ke-21.


Selesa dengan jaringan 3-1, KLHC terus mengganas dengan dua gol padang Rashid Baharom pada minit ke-33 dan 49 sebelum Ismail Abu menjaringkan gol kedua THT minit ke-52.


Bagaimanapun Harvinder Singh terus memusnahkan impian THT dengan gol keenam dua minit sebelum tamat perlawanan.Metro

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998