DAH BELI TOUCH n GO?

by - Wednesday, August 05, 2015

Hangpa dah beli ka kad touch n go nih? 

Terutamanya orang yang selalu ulang alik ke arah utara dan jambatan Pulau Pinang...bukan apa mulai bulan depan Plaza tol Jitra dan Bukit Kayu Hitam semua guna kad ni saja sebagai pembayaran.

Tol Jambatan Pulau Pinang, BKE (Plaza tol Kubang Semang dan Lunas) pun akan guna kad ni saja....tak dak lagi bayaran tunai.
 
Tarikh perlaksanaan e-payment kat sini ialah pada 9 September 2015.

Jadi tak kiralah kalau hangpa lalu ikut sini setiap hari,sebulan sekali atau setahun sekali balik kampung raya tetap kena guna touch n go jugak.

So sementara depa dok buat promosi la ni sekeping RM5.00 untuk touch n go dan RM96.00 untuk smart tag baik lah pi beli cepat.

Lagi pun tak rugi beli touch n go nih sebab dah banyak kegunaan dah sekarang bukan setakat untuk bayaq tol ja...
 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998