TIPIS TAPI HARAPAN TETAP ADA

by - Monday, July 06, 2015

Salam...



Semalam berakhirnya Liga Hoki Dunia di Antwerp. Kita tak bernasik baik bila kalah dengan Irelanda pasukan yang kita belasah masa grouping hari tu.

Kalau tengok pada corak permainan,kita down pada suku pertama bila Ireland leading 2 gol. Walaupun possession kita pegang dari suku ke 2 sampai suku ke 4 tapi sayang tak berjaya menghasilkan gol.

Ireland walaupun banyak bertahan,tapi taktikal yang digunakan agak mudah cuma dengan long pass,high ball dan speed digunakan untuk tewaskan Malaysia. Boleh dikatakan  kesemua gol Ireland dari hasil counter attack.



Players kita memang main all out...itu fakta yang tak boleh kita nafikan. Awal suku ke 4 ja kita dah mula attack dan berkampung dalam kawasan Ireland. Penalty corner back to back... tapi bila dah bukan rezeki kita bola open gol pun tak boleh tolak masuk.

Sekarang ni mau tak mau kena lah tunggu sampai habis kejohanan benua lain untuk dapat tiket "backdoor" ke Olimpik Rio di samping mengharapkan Brazil juga tak berjaya dapat tempat ke 6 yg ditetapkan oleh FIH.

Tapi dah tiba masanya untuk beberapa pemain regular yang dah berusia untuk gantung kayu dan bagi peluang kepada pemian remaja untuk beraksi sekali pun jika kita dapat tiket ke Olimpik (lain la kalau dapat secra merit).

Apa pun tahniah Speedy Tigers.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998