PUNCA KESESAKAN DIJAMBATAN SEMALAM

by - Friday, July 10, 2015

Salam,

Petang semalam berlaku kesesakan yang luar biasa di Penang Bridge dari pulau ke tanah besaq. Sepanjang bulan posa ni,yang ni lah kali pertama jadi sesak camni.

Tapi dalam kepala otak aku dah dapat tangkap dah...mesti punya lah PDRM buat perlancaran Ops Selamat kat hujung bridge,kawasan bas kilang dok parking tu.

Dan memang betoi apa yang aku rasa tu...PDRM sekali lagi buat kat situ. Walaupun berpengalaman dan tahu kesesakan akan berlaku tapi depa buat juga tahun ni kat situ! 


Macam lah tak cukup tanah lapang dah dalam kawasan seberang nak buat perlancaran Ops Selamat.


Awat yang depa tak buat kat RnR Bagan Ajam ka,Sungai Nyok ka atau pun kat Jambatan Kedua tu.Kat Rnr BKE pun cantik juga, banyak kawasan lapang dok ada termasuk senang untuk parking dan tak menyusahkan orang ramai.

Aku bukan nak menidakkan kebaikan dan kepentingan PDRM kepada kita semua, tapi kalau buat kat sini memang tak sesuai langsung bukan saja susahkan pekerja kilang, penumpang BEST tapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Orang nak buka puasa lagi, silap-silap ramai yang bukak posa telan ayaq lior dalam kereta ja kut semalam.

Kalau yang sempat lepas dari jam semalam mungkin dapat beli ayaq buat bukak posa ja

Untuk kesekian kalinya aku mintak la PDRM buat perlancaran OPS ini kat tempat lain tahun depan...kesian kat orang ramai sama tau...

Tiap tahun dah buat kat situ sesak teruk...tak tak tak paham-paham lagi kut?



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998