MIDTOWN PERDA KUBANG MENERONG

by - Saturday, July 11, 2015

Salam...


Dekat hujung-hujung puasa nih baru aku dengar pasal Midtown Perda yang bertempat di Kubang Menerong Tasek. Gelugor.


Sebelum ni cuma Uptown Perda di Bandar Perda,Uptown Bayan Baru dan juga Uptown Bayan Lepas ja yang sering jadi tumpuan menjelang musim raya.

So carian pertama yang dibuat dah tentu kat facebook dan pakcik gugel dulu. hasil carian aku jumpa satu page di FB Midtown Perda yang kemudiannya aku panjangkan kepada pakcik gugel.

Actually tempat nih dah wujud dua tiga tahun kebelakang ni cuma aku ja tak tau. Selain dikenali dengan Midtown tempat dijugak dikenali dengan PenBex,Tapak Ekspo dan juga pasar Kemboja.

So semalam aku decide nak ronda-ronda la ke sini. Tempat ajak jauh ke dalam juga la kalau kita dari Kepala Batas.Tapi kalau dari Sungai Dua,Tasek Gelugor ke Kubang Menerong nih agak dekat juga.

Bertolak dari rumah pukul 9 malam,sampai ke sini dalam pukul 10 (sebab tak tau tempat lagi) aku ikut dari arah Kepala Batas. Dari Kepala Batas pula lebih kurang 15 minit ke Kubang Menerong nih.

Tapi bila sampai je kat tempat nih, aku terpaksa teruskan perjalanan tak jadi nak berhenti sebab nak masuk ke simpang tapak nih dah sesak. Parking kiri dan kana bahu jalan penuh,kalau ada ruang pun mau dekat 1.5km. Nak buat u-turn balik pun siksa, ada space pun dekat-dekat 1km nak sampai Tasek Gelugor...

So rezeki aku anak-beranak semalam cuma setakat tau tempat ja....maybe masa akan datang boleh singgah lah kut.

Tapi kalau tak silap cuma dalam bulan Ramadaan ja yang depa berniaga dari pagi sampai ke malam, selalunya cuma setiap Ahad dari pagi sampai ke petang saja.

So sekarang aku dah tau dan aku dah bagitau kepada sesiapa yang tak tau macam aku sebelum nih untuk tau tempat nih kan....hahaha


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998