#LOWYAT...PELUANG SEBENARNYA

by - Monday, July 13, 2015

Salam...




Isu di Low Yat ni sebenarnya betul betul bagi kita peluang. Ditambah pulak dengan tajuk atau headline yang gempaq macam kat bawah ni...

Mengejutkan Pergaduhan Besar...
Cerita Sebenar Pergaduhan di Low Yat
Secretary dedah punca....
Ini sebenarnya yang berlaku... 
Terbongkar....
Ini kata mangsa...
GEMPAR!!! 5 Gambar...

Dan macam-macam lagilah killer headlines dari semua blogger..

Yang kalau yang nak mencari trafik ke blog ini memang satu peluang sebaik tercetus kes gaduh sampai lah ke perhimpunan semalam dan mungkin dalam sehari dua lagi pun agak panas dengan isu Low Yat.

Tapi aku harap jangan semata-mata nak kejar trafik sampai sanggup viralkan benda yang tak sepatutnya.

Macam gambar mangsa samun kat Shah Alam tapi viralkan kata gambar mangsa kes gaduh di Low Yat.

So berbalik sikit pada isu Low Yat... bagi pendapat aku pihak Polis harus mengeluarkan statement lebih awal berhubung kejadian tu (walaupun kes tu agak terpencil) tapi punca kes tuh lah yang buatkan sedikit ketegangan semalam.

Pasal terlampau banyak versi yang dikeluarkan...betoi pesanan selalu dikeluarkan jangan percaya dan sebagainya, tapi pihak berwajib harus lah lebih pro aktif untuk memberikan info sahih yang lebih pantas seiring dengan perkembangan semasa.

Zaman sekarang orang dah tak menanti untuk baca paper pagi esok, orang dah tak tunggu depan kaca tv nak tengok berita...pasal zaman sekarang semua dihujung jari saja



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998