HOKI PULAU PINANG...DIBUNUH DENGAN KEJAM

by - Monday, July 27, 2015



Gambar yang disumberkan dari google image...walaupun sukan hoki Malaysia bertaraf dunia berada dikedudukan ke 12 dalam ranking, dah jejak ke Piala Dunia dan Olimpik (walaupun yang terbaru ni terkandas) tapi sayangnya... Pulau Pinang seakan membunuh perkembangan sukan nih.

Agak malang untuk satu negeri yang boleh dikatakan antara yang termaju,yang pesat dengan segala jenis pembangunan tapi kenudahan untuk pemain dan peminat hoki tak dak langsung.

Jangan terkejut...Pulau Pinang satu-satunya negeri yang tidak mempunyai stadium hoki sendiri. Kenyataan untuk yang tak tau!! 

Selama ni kemudahan turf yang diguna pakai ialah hak milik USM dan padang di Mutiara Impian bukan mengikut piawaian.

Inilah padahnya bila sukan pun dipolitikkan!! Kerajaan pusat dan kerajaan negeri seakan-akan main pingpong dengan persatuan hoki negeri...baca kat sini .

Mau tak terasa malu...Perlis negeri yang terkecik dalam Malaysia pun ada dua padang,Kedah dah ada tiga ke empat padang...negeri lain tak perlu lah kut dijadikan rujukan.

Kali terakhir kejohanan antarabangsa yang dijalankan di Penang kalau tak silap tahun 1996,Piala Sultan Azlan Shah.
Turf Bertam pun dibuat pasal Sukma...tak kan nak tunggu jadi tuan rumah balik baru nak baikpulih atau buat baru...

Kalau lah +Khairy Jamaluddin dengan Lim Guan Eng baca...politik tolak tepi lah...


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998