ETS ATAU NAIK KENDERAAN SENDIRI

by - Saturday, July 11, 2015

Salam...


Raya dah nak dekat...semua pakai dok planning nak balik ke kampung tak kiralah dimana sekali pun. Walaupun ada pakar kata nak jimat jangan balik kampung tapi rasanya setakat boleh "cakap" ja lah kan.

Umum kita tau selain kenderaan sendiri,pengangkutan awam macam bas,teksi,keretapi dan juga kapal terbang akan menjadi pilihan untuk kita pulang ke kampung.

Dalam dua tiga hari ni kita di kenalkan pula dengan ETS satu pengangkutan alternatif (katanya) untuk kita balik kampung dengan mudah dan cepat (selamat tak berani nak kata lagi).

Ok ETS mungkin akan jadi pilihan ramai yang nak balik ke kampung yang malas nak drive,nak hadap jam sepanjang highwaykan.

Ini mungkin mudah untkk yang bujang,student ataupun pasangan yang baru berkahwin (satu kampung dan satu negeri) tapi bagi untuk yang dah berkeluarga mungkin terpaksa memikir dan membuat pengiraan terlebih dahulu sebelum balik dengan ETS atau dengan kenderaan sendiri.

Contoh satu family 5 orang, ayah,emak dan 3 anak yang masih bersekolah nak balik ke Padang Besar. Tambah sehala lebih kurang RM300.00 (termasuk kos tambang dari rumah ke KL Sentral) dan begitu juga tambang untuk balik dari Padang Besar ke rumah di KL.

So RM600.00 untuk tambang saja kan...dari segi cepat,tak sesak dan tak penat mungkin berbaloi lah kut.

Tapi kalau dengan kenderaan sendiri untuk 5 sekeluarga.
Kita andaikan lah depa naik Proton BLM ja. Kalau keluar Jalan Duta terus ke Bukit Kayu Hitam,pi balik baru RM123.00...petrol pi balik RM200...baru separuh harga tambang pi balik dengan ETS. So RM300 lagi boleh buat belanja raya di kampung dan sepanjang perjalanan...

Ini cuma kiraan bodoh aku secara kasar....kalau untuk travel sorang maybe ETS satu alternatif terbaik berbanding dengan naik flight. Tapi untuk travel satu family bagi pendapat aku...
maybe tak berbaloi melainkan cuma untuk merasa naik ETS.

**Kos mungkin meningkat atau kurang bergantung kepada lokasi dari dan ke mana baik untuk ETS mahupun kenderaan sendiri.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998