TEMPAT KETIGA DI HOCKEYFEST

by - Monday, June 15, 2015

Salam...


Sabtu lepas sekali lagi berkampung seharian di Penang Sports Club untuk Hockeyfest 2015. Kejohanan yang dianjurkan untuk kali ke 19 yang mengumpulkan boleh dikatakan otai-otai hockey baik dari dalam dan luar negara.

15 pasukan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan yang datangnya dari Malaysia,Australia,Hong Kong dan Singapura.

Tahun ni kami sekali lagi ambil bahagian dengan kekuatan pasukan yang cukup pemain berbanding tahun lepas. 

Selain pemain regular OFA kami juga menjemput lagenda hoki Malaysia brader Muhamad Abdul Hadi untuk bermain bersama kami dan digandingkan bersama Mustafa Ariffin,seorang lagi bekas pemain kebangsaan.


Satu pencapaian yang amat membanggakan pasal tahun ni kami berjaya jejak kaki ke separuh akhir untuk kategori Plate dan berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan kategori tersebut.

In sha allah tahun depan kami masuk lagi dan target untuk tahun depan ialah berjaya ke kategori Cup pulak.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998