SALAM ENAM KOSONG

by - Wednesday, June 17, 2015

Salam...


Dalam kemeriahan kita nak sambut puasa esok,yang mana di kaca TV dah pun beriklan salam kosong kosong, nampaknya pasukan Harimau kita awal lagi mendapat salam ENAM KOSONG.

Kalau dengan pasukan Timor Leste yang tak dak liga mahupun stadium yang boleh dibanggakan pun kita hanya mampu seri... 

Palestin pasukan dari bumi yang sentiasa bergolak dengan peperangan ni pun kita tak mampu nak kalahkan... baik rasanya kita bubarkan saja pasukan kebangsaan nih.

Orang mungkin akan kata...alah duduk depan pc boleh la setakat taip, ye mungkin betoi kata depa tuh tapi hakikatnya memang kita patut bubarkan pasukan nih terus.

Aku pasti pemain-pemain dari Timor Leste dan juga Palestin tak mendapat gaji yang setaraf dengan golongan professional,pendapatan sehingga EMPAT ke LIMA angka sebulan macam pemain Harimau Malaya.

Apa alasan yang kita nak bagi lagi? Kalau main di Palestin mungkin juga la alasan takut kena bom semasa perlawanan atau takut terpijak periuk api dalam stadium....tapi ini bermain di Malaysia yang ramai bersyukur kerana masih aman damai...pun kena ENAM KOSONG!!!

Dan kalaulah aku sendiri sebagai pemain dalam pasukan Harimau Malaya...dah pasti aku akan umumkan untuk gantung but sebaik saja seri dengan Timor Leste hari tu!!!

Dan kepada penyokong tegar pasukan Harimau sudah tiba masanya untuk hangpa memilih sukan lain untuk dijadikan sukan nombor satu dalam Malaysia

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998