NOTHING 2 HIDE

by - Friday, June 05, 2015

Salam...

gambar dari mStar
Hari ini kecoh pasal dialog Nothing 2 Hide anjuran Sukaguam yang sepatutnya dihadiri oleh Perdana Menteri. Difahamkan Tun M yang dikatakan tidak mendapat jemputan juga hadir ke acara ni.

Aku sebenarnya cuba untuk elakkan isu politik pada setiap entri dalam blog ini,tetapi terpanggil gak la nak buat rumusan sendiri bila KPN memberikan arahan untuk membatalkan majlis ni pada saat-saat akhir atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam.

Dari pada pandangan aku sendiri yang tak berada di PWTC,semua ini berdasarkan input dari media sosial,blog dan online portal,aku rasa sedikit pelik gak.

Sebabnya kalau isu keselamatan dan ketenteraman awam dijadikan alasan...PWTC boleh dikatakan ibu pejabat umno, malah persidangan agung Umno juga diadakan disini. Najib Presiden dan Perdana Menteri manakala Tun M pula bekas Presiden dan Perdana Menteri....dari UMNO dan dalam rumah UMNO sendiri....memang pelik lah kan.

Berdasarkan pada gambar-gambar dan video yang berlegar sekarang nih tak nampak pulak ada wakil-wakil dari parti pembangkang yang hadir yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lagi pun dibuat didalam dewan yang hanya mungkin melibatkan setakat paling ramai pun 5000 orang. Kalau dibandingkan dengan siri-siri demonstrasi jalanan yang diadakan sebelum ini dengan dialog bersama PM aku pasti orang-orang yang dalam dewan tu tak bawak sepanduk,tak bawah tin spray mahupun senjata yang boleh memudaratkan sesiapa yang ada dalam dewan.


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998