MEMANG TAK MENGEJUTKAN

by - Thursday, June 25, 2015

Salam...

Kalau ada yang terbaca hari ni dalam paper jangan lah terkejut. Jangan pula kata membazir buat Jambatan Kedua (JSAHMS) tuh. Dari segi logik memang akan ambil masa untuk JSAHMS bagi menjuarai "pertandingan" ini.

Dari segi logik akal,memang JSAHMS tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Jambatan Pulau Pinang. 

Antara sebab mudah, pengguna Jambatan Pulau Pinang terdiri dari penduduk sekitar Seberang Perai,Kulim dan kawasan sekitar serta juga Sungai Petani dalam bahasa mudah kira orang Kedah lah.

So kalau kita dari Plaza Tol Sungai Dua arah selatan nak ke Penang dah tentu kita akan terus naik Penang bridge kan...buat apa nak tambah kos lagi bayar tol di Batu Kawan dan JSAHMS.

Antara penyumbang kesesakan di Penang Bridge ialah interchange Juru,Prai,Bulatan Seberang Jaya dan persimpangan susur ke Sungai Dua. Dan kalau ini dapat diatasi kemungkinan besar JSAHMS pun tak perlu dibina pun...

KALAU apa yang dirancangkan oleh Kerajaan Negeri  menjadi realiti contoh macam teksi air,skycab atau mungkin juga LRT atau MRT yang mampu hubungkan pulau dan tanah besar atau mungkin juga terowong mampu dibina aku pasti kesesakan di Penang Bridge dapat diatasi...


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998