MALAYSIA DAN PIALA DUNIA

by - Thursday, June 11, 2015

Salam...





Setakat sekarang ni pada tahun 2015,Malaysia belum lagi pernah menjejakkan kaki ke pentas Piala Dunia. Bagi kita rakyat Malaysia bila tiba musim Piala Dunia pastinya umpama satu pesta setiap empat tahun sekali...malangnya sorakan ataupun bersengkang mata bukannya untuk pasukan Malaysia.

Malam ini Malaysia akan memulakan langkah menentang Timur Leste satu pasukan dari negara kerdil yang baru saja ditubuhkan. Harapan...sudah pastinya kita semua harapkan kemenangan tapi ini masih lagi jadi harapan.

Ok katakanlah keajaiban berlaku...Malaysia secara meritnya berjaya jejak kaki ke Piala Dunia 2018....sudah pasti Indera Putra,Amri,Safee,Mat Yo dan beberapa muka regular dalam pasukan dah tak mampu menyumbang bakti lagi 3 tahun berdasarkan faktor usia.

Jadi harapan kita pada pelapis sekarang...yang sedang beraksi di Sukan SEA...

Tapi kalau berdasarkan pencapaian skuad bolasepak Malaysia di Sukan Sea sekarang ni....kita mungkin mampu cipta sejarah pertama kali layak ke Piala Dunia...
dan tak mustahil juga kita akan mencipta rekod di Piala Dunia...menjadi pasukan belasahan dengan satu jumlah gol yang besaq.

Mungkin dah tiba masanya FAM mula pikiaq cara pelaburan yang dibuat keatas pasukan Malaysia terutama pasukan remaja. Rasanya FAm tak perlu membazir duit untuk hantaq pasukan berkelana ke Eropah,Ocenia mahupun ke Australia ataupun Jepun.

Baik pasukan remaja ni dihantar untuk berlatih di Vietnam,Myanmar,Thailand dan tak mustahil jugak ke Timor Leste....dan selagi tak mampu nak kalahkan pasukan-pasukan nih rasanya dimasa-masa akan datang bolasepak pun harus kita gugurkan dari menyertai Sukan SEA.

Logiknya...jika pemain sekarang tidak mampu menandingi lawan yang agak sebaya depa...dua tiga tahun lagi pun lawan tetap akan menggunakan pemain-pemain yang sama untuk pertandingan yang akan diadakan.

Dan Malaysia tetap akan terpaksa pertaruhkan pemain-pemain dari skuad remaja sekarang untuk ke pasukan senior. So dari sekarang tak mampu nak terjemahkan keputusan yang membanggakan...apa kita boleh harapkan untuk tempoh dua tiga tahun akan datang.

Jadi untuk Malaysia dan Piala Dunia...kita cuma akan terus bersorak,bersengkang mata dan bergembira untuk melihat pasukan yang menjadi pilihan kita menang dan bukannya PASUKAN MALAYSIA.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998