LIGA HOKI DUNIA..MALAYSIA MENANG SEMALAM TAPI

by - Monday, June 22, 2015

Salam...


Pertama sekali tahniah kepada pasukan Malaysia pasal berjaya menewaskan China pada perlawanan pertama di Liga Hoki Dunia semalam.

Syabas sekali lagi pasal dedikasikan kemenangan kepada S. Kumar yang terpaksa bergegas pulang ke Malaysia kerana kehilangan anak bongsunya hanya dua hari sebelum pertandingan bermula.

Tapi berdasarkan apa yang dipamerkan semalam oleh pasukan Malaysia nampak memang susah kalau corak permainan yang dipamerkan semalam diguna pakai sepanjang kejohanan nih berlangsung.

Malaysia menang 3 berbalas 2, tapi pasukan kita terpaksa berhempas pulas nak jaringkan 3 gol tu,tapi 2 gol yang dijaringkan oleh China boleh dikatakan mudah...cuma deflection dari loose ball ja.

Banyak kesalah mudah yang dibuat oleh hampir kesemua pemain. Abe belum nampak lagi kegarangannya walaupun berjaya jaring satu gol cantik semalam. 

Jidin,Pakdin tak berapa menjadi, Shahril Saabah juga macam tenggelam dalam games semalam. Aksi Firhan danHaziq sedikit ganas tapi tak berapa berkesan lagi. 



Apa pun kita bersangka baik...games pertama players belum cukup panas lagi atau mungkin jugak kita ambil mudah saingan dari pasukan China yang ranking jauh dibelakang kita.

So kita nantikan pulak next games menentang Ireland, Khamis ni....

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998