KENALI SIMBOL PADA GADJET KITA..

by - Wednesday, June 17, 2015

Keba­nyakan anda mempunyai beberapa produk elektronik termasuk telefon pintar, tablet, laptop, powerbank dan sebagainya, namun tidak ramai mengambil kisah mengenai beberapa simbol di belakang peranti terbabit.
Meskipun nampak remeh, simbol terbabit mempunyai makna tertentu yang penting bagi pengeluaran dan penghasilan produk elektronik
Simbol terbabit menunjukkan piawaian tertentu yang perlu dipatuhi syarikat elektronik. Antara simbol terbabit termasuk:
FCC
Simbol seakan-akan F dan C kemudian terdapat satu lagi ‘c’ kecil dalamnya membawa makna Federal Communications Commission yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Pertubuhan terbabit memantau semua jenis gajet elektronik bermula dari output tenaga, isyarat radio sehingga sistem antena bagi memastikan ia menepati piawaian di Amerika Syarikat.
FCC ini juga melantik sejumlah Badan Pensijilan Telekomunikasi atau TCB yang menguji gajet elektronik.
Bagaimanapun, beberapa produk luar Amerika Syarikat tidak menggunakan simbol ini.
Tong Sampah
Simbol seakan-akan tong sampah terbabit dengan tanda larangan berbentuk pangkah menunjukkan ia terlaksana di bawah arahan ‘Waste Electrical and Electronic Equipment (WEEE) yang dipersetujui 27 negara Kesatuan Eropah (EU).
Jika anda melihat simbol terbabit, ia bermakna peranti terbabit sepatutnya dibuang dengan kaedah mesra alam berbanding dicampak sebagai sampah biasa.
Inisiatif terbabit lebih meluas di Eropah yang terkenal dengan aktiviti mesra alam di kalangan rakyatnya terutama membabitkan perkakasan elektronik.
CE
Ia membawa maksud Conformite Europeene sekali gus pengeluar elektronik yang memperoleh pensijilan ini layak menjualnya di negara Eropah.
CE melambangkan produk sebagai lulus dalam ciri yang diperlukan kerajaan seperti tahap voltaj dan penggunaan band frekuensi.
Namun, tidak semua perlu memperolehnya. Misalnya, syarikat pengeluar produk sendiri boleh memeriksa beberapa arahan seperti keupayaannya berhubung dengan produk lain dan pertindihan.
Sebuah firma khas memeriksa produk tertentu untuk memungkinnya memperoleh pensijilan CE.
Tanda seru
Simbol tanda seru terbabit bukanlah bermakna produk terbabit dalam bahaya, tetapi simbol hati-hati iaitu satu lagi tanda di bawah CE.
Kebanyakan negara di EU mempunyai sekatan kepada band frekuensi. Misalnya, peranti tanpa wayar yang beroperasi di luar bangunan di Perancis hanya dibenarkan memakai frekuensi 2.4GHz dan 2.454Ghz saja.
Tetapi apabila peranti seperti telefon pintar menawarkan lebih dari satu band, simbol terbabit bermakna lebih dari satu band ditawarkan peranti itu yang mungkin dilarang di negara tertentu.
Kitar Semula & 5
Simbol kitar semula dengan angka 5 mungkin biasa dilihat pada peranti elektronik seperti powerbank.
Ia membawa makna produk terbabit boleh dikitar semula dengan ia datang dari jenis lima iaitu polipropailin atau PP yang terdapat pada kebanyakan bahan diperbuat daripada plastik.
Selain angka 5, terdapat angka 1,2,3,4,6 dan 7 yang membawa maksud jenis bahan boleh dikitar semula.
Kitar Semula & Li Ion
Simbol kitar semula dan li ion pula biasanya membabitkan bateri pada powerbank, laptop, tablet atau telefon pintar yang boleh dikitar semula jenis ion litium.
Terdapat juga simbol lain pada kitar semula itu seperti Ni-Cd yang bermakna kadmium nikel dan Ni-Mh (besi haidraid nikel) di samping Pb (asid lead).
NOM
NOM atau Norma Oficial Mexicana adalah pensijilan yang membolehkan produk elektronik atau lebih 2,000 jenis produk dieksport ke Mexico.0682. Jika anda terjumpa angka seperti ini di belakang telefon dan sebagainya, ia menunjukkan kod bagi badan yang memberikan sijil pengiktirafan elektronik kepada peranti terbabit.
Tidak semestinya angka 0682 saja, terdapat berpuluh badan lain yang mempunyai kod tertentu seperti 0168 dan sebagainya.
Pada kebiasaan, angka terbabit diletakkan bersebelahan simbol CE.

Sumber - Harian Metro

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998