SEPETANG KE PULAU SAYAK

by - Saturday, May 09, 2015

Salam...

gambar dari meja makan kat Usop Mee Udang Pulau Sayak
Petang semalam aku turun ke Miew Bikers di Sungai Petani untuk hantar repair motor yang accident hari tu. Macam biasalah hantar pastu tinggal dulu,biaq depa check apa yang patut n tukaq mana yang terpaksa.

Wife follow dengan kereta sampai ke Miew then kami decide untuk balik ikut jalan lama. Sampai kat simpang ke Pantai Merdeka idea otak seminit terus nak pi perkena Mee Udang kat Pulau Sayak.

Actually aku cum pernah dengar nama ja coz terletak pada jalan yang nak ke Pantai Merdeka. So since aku dah jejak kat situ nih nak bagi tips sikit kalau nak ke Pulau Sayak nih.


Kalau dari arah Butterworth,kira ikut jalan lama la tapi kalau ikut highway kena keluar exit Sungai Petani / Baling then turun balik ikut jalan lama nak ke Butterworth sampai ke pekan Tikam Batu.

Dari pekan Tikam Batu, amik jalan nak ke Kuala Muda / Pantai Merdeka. Jalan ke Pulau Sayak nih terletak dibelah kiri kita ja kalau menuju ke arah Pantai Merdeka. Jalan kampung yang boleh dikatakan menghijau untuk sampai ke destinasi.

Bila sampai kat situ,ada dua tiga kedai mee udang yang boleh dianggap famous bagi yang pernah jejak kaki kat sini (hasil posting kat fb kengkawan la). Antara kedai yang famous ialah mee udang Pak Su,kedai yang memula sekali yang kita akan jumpa tapi sayang semalam kedai ni tutup.

So futher up lagi ada lagi dua tiga kedai antaranya Usop Mee Udang Pulau Sayak dan Mee Udang Segar Yaakob. Aku dengan wife decide untuk kali ini kami nak cuba di Usop Mee Udang dulu...

Tudiaaa menu kami semalam, mee udang special Usop, RM12.00 ja sepinggan. Kira berbaloi lah dengan size dan jumlah udang yang ada dalam pinggan. Kalau yang mee udang biasa cuma RM9.00 je. Selain mee ada juga menu lain kat kedai nih. Kalau nak tau sedap ke tak kenalah cuba sendiri.

Bagi aku, yang bestnya kedai kedai mee udang kat sini walaupun boleh dikira dengan jari tapi sentiasa dikunjung orang ramai selain dari keenakkan makanan dikedai masing-masing ialah permandangan yang cukup best dan cantik walaupun dari meja makan....hehehe cer tengok gambar atas tu.

So sesiapa yang nak makan sambil melihat permandangan dan kena angin laut boleh lah tanya cik gugel kita.

Selain dari makan dan tengok permandangan..salah satu aktiviti wajib yang akan dilakukan oleh orang ramai ialah...selfie,wefie,groupfie dan bermacam-macam fie lagi lah...
 
kami pun sama dengan jugak lah.... :-)



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998