PENANG...BANYAK YANG AKU TAK TAU

by - Tuesday, May 19, 2015

Salam...

Walaupun aku dilahir,dibesarkan dan dah bertahun bermastautin di Pulau Pinang ni, tapi masih banyak yang aku tak tau.

Tak tau dari segi munculnya banyak tempat-tempat baru yang menarik dan juga timbulnya syurga-syurga makanan yang best bagi orang-orang Penang mahupun orang dari luaq.

Seriusly memang kekadang tuh aku rasa "lost" juga bila kengkawan dari luar yang nak ke Penang ni tanya soalan-soalan tempat makan best,tempat lepak best atau tempat-tempat yang best untuk dilawati.

Aku pasti selain dari perubahan zaman,media-media sosial juga memainkan peranan penting untuk dikongsikan info-info yang best. 

Mungkin ramai yang dah ke satu-satu tempat dan buat review diblog,kongsi gambaq di facebook dan sebagainya secara tak langsung berjaya memperkenalkan sesuatu tempat tu kepada orang ramai.

Kalau dulu orang kata turun Penang ja cari nasi kandaq,cari pasemboq atau turun Padang Kota,naik Bukit Bendera,mandi kat Batu Feringghi balik naik Feri tapi la ni rasanya dah tak macam tu.

Dah banyak tempat-tempat lain yang dinaik taraf dan menjadi tarikan baru untuk orang-orang mai melawat Penang. 

Kalau dulu boleh bangga aku anak jati Penang...sebut mana tempat semua tau tapi la ni kena pikiaq banyak kali la sebelum mengaku....bukan apa satgi haru bila tak tau...
mau tak malu...
 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998