#GST BELUM NAMPAK YANG MURAHNYA

by - Friday, April 03, 2015

Salam...

Hari ini dah masuk hari ketiga GST dilaksanakan. Dan sampai ke hari ni aku masih tak nampak dimana penurunan tau yang dikatakan barang akan lebih murah bila dikenakan GST.

1. Harga topup prepaid pun kena GST,bermakna tambah lagi RM0.60 untuk RM10.00 topup..so kat mana murahnya?

2. Syarat kepada telco untuk menambah nilai minit berbual dan sms, tapi berapa ramai yang masih gunakan SMS?

3. Harga kereta dicanang turun selepas perlaksanaan GST, tapi kalau buat loan tetap kena 6% so kut mana yang turunnya?

4. Menteri kata peniaga tamak punca kenaikan harga sebab SST dah digantikan dengan GST, tapi sampai sekarang tak pula keluaqkan senarai barang yang dimansuhkan SST dan digantikan dengan GST.

5. Secara logik akal kita setiap tambahan 6% bermakna akan ada kenaikan sama ada sikit ataupun banyak bergantung pada nilai pokok. jadi kut celah mana yang penambahan 6% ini akan menurunkan harga barang?

6. Dan kalau ada peniaga yang mengaku depa dah absorb GST dan pengguna tak kena bayaq,maknanya harga dah mark up siap-siap lah tuh (berdasarkan pengalaman aku)

7. Dalam banyak-banyak keburukan GST ini cuma ada dua benda kebaikan yang aku nampak
- orang ramai dah mula belek resit atau sekarang dipanggil tax invoice.
- orang ramai dah berkira-kira nak membeli.. 

so renung-renungkan lah...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998