#MYMALAYSIAku MOTOSIKAL JUGA YANG MALANG NASIBNYA

by - Thursday, March 12, 2015

Salam...


Kepada pemilik dan penunggang motosikal tak kiralah berapa CC sekali pun bersedialah untuk menghadapi OPS RODA.

Walaupun statistik sentiasa digunakan oleh pihak berkuasa mengatakan yang penunggang motosikal sentiasa mencatat kematian tertinggi tapi sampai sekarang aku tak pernah lagi tengok (maybe terlepas pandang) statistik yang dikeluarkan mengenai punca atau penyebab kemalangan keatas penunggang motosikal dikeluarkan.

Mungkin pihak berkuasa perlu juga keluarkan statistik berapa kemalangan motosikal disebabkan pemandu kenderaan lain yang tukar lorong tanpa memberi lampu isyarat atau kematian yang disebabkan kerana pemandu kenderaan lain menggunakan lorong kecemasan.

Malah boleh juga keluarkan berapa statistik yang penunggang motosikal dilanggar oleh kenderaan lain dari tepi,belakang atau pun depan...pastu kita compare tengok siapa penyebab kemalangan tu sebenarnya....

Tapi macam biasalah....jangan harap lah kajian macam ini akan dibuat,statistik macam ni akan ditunjukkan,walaupun ada pihak yang mempunyai butiran nih semua kan :-)

 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998