TEMPAT YANG TIDAK SESUAI

by - Sunday, February 22, 2015

Salam...
Pesta Belon Panas Pulau Pinang diadakan sejak semalam bertempat di Padang Polo.

Kalau tak silap aku ini kali pertama diadakan semperna tahun melawat Pulau Pinang.

Aku sempat menjengah ke tapak pesta yang terletak betul-betul dihadapan Hospital Besar Penang dan kediaman Yang Dipertua Negeri.

Walaupun Padang Polo boleh dikatakan sesuai untuk acara belon ini tapi rasanya pihak penganjur patut menukar ke tempat lain jika diadakan dimasa-masa akan datang.
 

Salah satu sebab ialah kesesakan jalanraya yang menyukarkan ambulan untuk keluar masuk jika berlaku sebarang kecemasan. Dah la jalan sehala saja depan tu.
Lagi satu sebab kekurangan kawasan parking,yang mana ramai yang berkunjung ke pesta telah meletakkan kenderaan masing-masing dikawasan letak kereta hospital.
So perkara yang macam ni harus diambil kira oleh pihak penganjur dimasa-masa akan datang. Dan kalau setakat tak sampai 12 biji belon yang dipertunjukkan rasanya kat Padang Kota pun boleh buat.
Pengunjung munkin tak merasa kesusahan yang dihadapi oleh pihak hospital terutama pemandu ambulan atau pun waris yang ingin melawat pesakit dihospital...
Ye lah selagi tak kena batang hidung sendiri mana nak rasakan.
 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998