NAK KATA APA LAGI...TAHNIAH JE LAH

by - Tuesday, February 03, 2015

Salam...

Aku pasti ramai peminat sukan hoki pasti berbeza pendapat mengenai pemilihan Presiden baru MHC, tak percaya boleh dirujuk pada page Arena Hoki ataupun Malaysia Hockey Fan Page di facebook.

Tapi hampir kesemua komen di page-page tersebut ramai yang tidak bersetuju kerana latar belakang Subahan sebagai ahli politik,bekas naib presiden FAM dan pencapaian semasa hoki Selangor juga termasuk insfrastruktur hoki Selangor sendiri.

Ramai yang mengatakan Subahan Kamal ni tak layak untuk memegang jawatan tertinggi MHC berdasarkan pencapaian dia dan FAM sebelum ini.

Layak atau tak bagi aku bukan masalahnya,tetapi mana pergi Presiden-presiden persatuan hoki negeri yang lain? Tak kan tak berani untuk mencabar dan memegang jawatan tertinggi nih.

Jadi bila Subahan dah menang tanpa bertanding maka kita dan aku sendiri sebagai peminat sukan hoki nak tak nak terpaksa lah terima.

Dengan pencapaian semasa pasukan Malaysia yang cukup memberangsangkan setakat ini,rasanya satu tugas yang cukup berat untuk Subahan ni untuk memastikan pasukan Malaysia kekal ditahap sekarang disamping memenangi hati semua peminat hoki di Malaysia.

Any way good luck Datuk Seri Subahan Kamal...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998