LAGI PASAL LEGOLAND

by - Wednesday, February 04, 2015

Salam...

Mungkin ada yang salah anggap entri aku pasal Legoland semalam. Ada juga kengkawan yang kata aku tak check betul-betul atau tak survey habis lagi.


Actually kos semalam tu aku kira berdasarkan penginapan 3 hari 2 malam untuk satu family (2+4) di Hotel Legoland termasuk dengan package combo (theme  dan water park). Dan itu lah harganya sekiranya nak merasai pengalaman yang sebenar-benarnya di Legoland lah.

Kalau cuma sekadar untuk ke Legoland dan tak mau menginap di Hotel Legoland kos maybe tak akan cecah sampai macam tu. 

Lagi pun banyak hotel-hotel bajet sekitar JB yang boleh diduduki, malah Tune Hotel pun ada package penginapan dengan ticket ke Legoland nih yang masih boleh dikira sebagai MAMPU PERGI.

Sebenarnya sesiapapun mampu ke Legoland dengan budget pilihan memasing cuma untuk merasai pengalaman yang sebenarnya di Legoland tu yang memerlukan RM yang banyak.

Apa pun perancangan itu penting kalau kita nak bercuti,jangan nanti berhabisan untuk bercuti....budget untuk yang lain terpaksa tunggu gaji bulan mendatang pulak. 

p/s: apa pun boleh refer kat website legoland,ada juga lowest rate untuk hotel nih tapi selalunya weekdays la

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998