ABAH,NAK PI LEGOLAND

by - Tuesday, February 03, 2015


Salam...

"ABAH, nak pi Legoland", kata Rayyan dengan Hfiy semalam.
Entah kut mana mai idea depa dua beradik ni pun aku tak pasti tapi rasanya mainan lego yang depa dok main dan kebetulan ada iklan Legoland kat tv.

So kebetulan hari ni aku tak busy sempat lah tanya incik google untuk buat budget nak ke Legoland nih.

Since aku akan mula perjalanan dari Penang first sekali ialah toll rates,kemudian petrol,hotel dan tiket ke Legoland tuh tak termasuk lagi perbelanjaan sampingan macam makan-minum atau cenderahati yang nak dibeli sepanjang perjalanan pergi dan balik.


Estimate kos aku kalau nak ke Legoland 3 hari 2 malam satu family,kalau 2 hari 1 malam tak boleh cover semua tempat kat Legoland tuh dan penat badan nak drive balik umah

Tol pergi balik - RM175.40
Petrol pergi balik - RM250.00  
(termasuk kalau nak ronda-ronda sampingan).
Makan-minum - RM500.00 (sepanjang bercuti)

Package Legoland (hotel + combo theme and waterpark) seperti tertera kat bawah nih 

Ini baru pengiraan kasar kalau nak ke Legoland untuk aku satu family sebab harga mungkin berubah dari masa ke semasa. Dan kos akan berkurangan lagi kalau aku tolak kos hotel Legoland dan duduk di hotel-hotel yang berada disekitar kawasan Legoland atau pun hotel yang terdekat.

Nampak gayanya kos percutian ke satu tempat nih saja untuk 3 hari 2 malam dah mencecah dekat RM6000.00 dan rasanya kalau aku ke Indonesia atau ke Siam pun kos tak cecah banyak macam nih...

So for Rayyan ngan Hfiy...kita kena menabung dulu la baru boleh jejak kaki ke situ tau... :-(





 

p/s: ini cuma pengiraan kasar "kalau" nak merasai Legoland sebenar-benarnya.

You May Also Like

2 BeLoQeR

  1. Cuba cari member yang keje kat Legoland, boleh dapat harga staff yang jauh giler lebih murah. Baru je balik dari Legoland 1 Februari 2015 ni...Boleh view di blog saya.

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Thanks... in sha allah ada rezeki anak-anak sampai gak la nanti

    ReplyDelete

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998