TRANSFORMASI FZ150I AKAN BERLAKU LAGI

by - Monday, January 05, 2015

Salam...

Nampak gayanya akan ada berlaku lagi transformasi Yamaha Fz150i aku untuk tahun 2015 nih.

Gambar bawah nih semsa baru tolak keluar dari kedai hampir dua tahun yang lepas. Hampir setahun juga kekal dalam keadaan asal tak ada usikkan langsung kecuali tukar minyak hitam dan tayar belakang.

Yang ini pula keadaanya setahun yang lepas,tapi hayat berfairing tak lama, cuma dalam 3 bulan saja. Then akibat pemasangan yang tak berapa kemas aku terpaksa bogelkan fairing depan dan maintain je ekoq belakang tuh.
Selepas bogelkan fairing,cuma tukaq handle ja untuk nampak naked look yang mengancam macam gambaq kat bawah ni.
So sekarang dah masuk ke tahun 2015,pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun FZ ni menabur jasa kat aku.

Jadi ditahun baru ini akan ada sikit lagi transformasi yang akan dibuat untuk bagi sedap mata memandang. 

Rasanya masih lagi akan mengekalkan konsep naked,walaupun boleh dikatakan setiap minggu aku kena tahan dengan JPJ kat Jambatan Pulau Pinang masa on the way pi kerja depa dok kata, "Kalau pakai fairing kat motor nih..cantik!".

So barang untuk projek ini dah order dan dalam proses penghantaran. Pomen pun dah dapat yang kali ini dijamin hasil kerja yang pernah dibuat untuk Yamaha FZ150i.

In sha allah tak minggu ni,minggu depan Yamaha FZ150i aku nih akan berwajah baru...

Nak tengok?...kita tungguuuuuuuuuuu

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998