TAHNIAH MALAYSIA...TAPI

by - Monday, January 26, 2015

Salam...

Ramai yang pastinya dah tahu keputusan Liga Hoki Dunia semalam yang berlangsung di Singapura.Ya pasukan Malaysia menjadi juara,belasah Poland 8-0 dan mengumpul sebanyak 50 goal keseluruhan (termasuk penalty shoot out).

Dan ramai juga yang frust pasal tak ada live coverage sepanjang kejohanan ini berlangsung termasuk lah Menteri Belia dan Sukan kita, brader Khairy Jamaluddin.

Mana tak nya, pasukan yang dok dalam ranking ke 12 dunia,yang dah beberapa kali ke Sukan Olimpik, ke pentas Piala Dunia tapi masih dianak tirikan oleh para sponsor dan station tv.

Jangan kata lah pasal tournament kat luaq,tournament yang dalam negara pun jarang dapat live coverage macam bola sepak.

Dengan kejayaan nih Malaysia qualified ke league 3 dan berpeluang untuk mendapatkan tike ke Olimpik 2016 di Rio.

So next tournament yang akan berlangsung ialah Azlan Shah Cup, harap-harap ada lah station tv dan sponsor yang sanggup nak cover buat live bagi sukan yang berada di ranking ke 12 dunia berbanding dengan sukan nombor satu tapu ranking 3 angka kan..

 

 


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998