HARI TERAKHIR BERWAJAH SEBEGINI

by - Friday, January 16, 2015

Salam...

Hari ini akan bermula satu lagi transformasi ke atas Yamaha FZ150i aku. Dah dekat hampir setahun motor nih dalam keadaan yang agak tak terurus macam ni.

Petang nih aku akan hantar ke Miew Bikers di Sungai Petani untuk lakukan sedikit pembedahan kosmetik. Walaupun tetap akan mengekalkan konsep motor yang sama seperti asal,cuma akan ada sedikit perubahan selari dengan perkembangan semasa.


Rear set V2 clone yang dipesan melalui online seller Jamal Andre akan diserahkan kepada pomen  Efy Saeki. Tank fiber R125 juga akan dicantikkan kembali selain dari FID dan jack motor untuk bagi hensem lagi.

Walau macamanapun ini baru dikira proses pembedahan plastik yang pertama untuk tahun nih dan bulan ini.

Project -project seterusnya akan dijalankan dari masa ke semasa dan keseluruhan project aku jangka akan siap sepenuhnya sekitar bulan April nanti.

Dan maybe kalau berkesempatan aku nak join FZ Jamboree yang bakal berlangsung pada bulan Mei nanti.

So rajin rajin lah jenguk ye...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998